Ish..ish..ishh…
Tengahari tadi, aku buat mid heavy workout. Sebelum tu, sebelah pagi aku bantai breakfast mcm biasa..dengan herbalife. Then vacuum rumah, kemas2, terus sambung dumbell exercise, killer butt exercise, easy arm and legs exercise, dan turun naik tangga rumah 6 kali. Tak puas dengan itu, aku sambung treadmill 20 minit…!
Then, dalam jam 1 lebih aku siap2 untuk masak lunch. Tengah2 sibuk nak masak ni, tiba2 perutku memulas2 berat!! Kelam kabut aku lari masuk toilet.. Ya ampuunnn.. Tiba-tiba kena diarrhea! Teruk jugak masa tu. Aku sampai tak larat untuk sambung masak. Aku merehatkan diri di sofa sekejap. Tiba-tiba, kena lagi second attack…cabuuuttt masuk toilet..!!! Rasa nak pengsan pun ada….. (maaflah detail…haha)
Aku mula2 hairan dan tertanya2.. macamana bole diarhhea pulak nih?? Mula2 ingatkan aku ada tersalah makan sebab malam tadi kitorang makan kat luar, kat gerai makan dekat bb bangi tu..belakang umah ni je…pastu aku bantai makan otak2 . Tapi aku tiba2 terfikir..”adake kes diarrhea sbb workout???” Akupun google la..
Google punya google…aku terjumpa beberapa artikel yang mengejutkan (bagi aku la, sebab aku tak pernah tau pun) Rupanya betul..workout boleh membuatkan diarrhea..!!! Sebetulnya, sebelum memulakan senaman, tak bole makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum itu!! Kalau tak..haa, itula kesannya..
Ini antara artikel yang aku jumpa dari google..
![]() |
Sumber: Google. |
Itulah sebabnya, waktu paling elok untuk utk workout adalah sebaik sahaja bangun pagi, sebelum breakfast!! Ini juga memudahkan lemak disingkir dan tanpa gangguan lain dr perut…!!
Ingat tu..!
Btw, berat hari ni 62.6..kurang 400 gram..yeay! Sehari 15 minit, 5 minit stp sesi killer butt, easy arm dan easy legs workout!! Teruskan usaha mencapai 58kg menjelang Mac 2013!!
Sekian..dan selamat malam… 🙂
Leave a Reply