Isnin nanti, 31 Disember 2012 adalah hari terakhir Kimi di Taska Cergas Gemilang. Sedih jugak rasa..banyak kenangan pahit manis di taska tu.. Taska Yanie..Taska Kimi…Yanie…….
Nanti la aku letak gambar-gambar last masa di sana…
Kimi akan mula masuk tadika, sebab dah berumur 5tahun pada 2 Januari 2013. Macamanala keadaannya nanti.. Rabu nanti aku cuti rehat..sebab hari pertama hantar Kimi..takut buat perangai pulak dia. Ya lah, dahlah Tadika baru, kawan baru tempat baru..suasana baru.. kena belajar pulak tu. Tadika tak sama macam Taska.. Di Tadika Kimi akan mula belajar secara rasmi.. Ada peperiksaan/ujian dan sebagainya. Anak aku ni pun, menulis tak berapa pandai lagi. Mengeja boleh, tapi belum berapa nak lancar membaca.. Tak pa lah..lama-lama nanti oklah, kan…
[…] Kimi nak masuk ke Tadika (5 tahun) pada tahun 2013, Kimi tak berapa lancar membaca. Samada Bahasa Malaysia atau Inggeris sama je. Mula-mula memang aku risau jugak. Takut Kimi […]