Dalam dilema. Aku ada ceritakan kerisauan aku tentang pengemaskinian iOS 8 untuk iPhone hari tu. Boleh refer di entri Mujur Belum Update ke iOS 8 ini.
Rujuk gambar di atas..sangat tak selesa dan annoying tengok angka 1 dalam bulatan merah tu yang tak nak hilang sejak beberapa hari lepas. Mereka paksa update ke iOS 8.0.2. Mana tidaknya, iphone lama aku ni dah 2 kali skip update. Kali ni macam kena update juga untuk hilangkan angka 1 tu.
Kalau dah terpaksa update juga nanti, kenalah melalui iTunes iaitu connect dengan laptop / komputer. Bukan apa, aku dapat tips dari komen-komen di website Redmond Pie bahawa tidak digalakkan update iOS over the air atau menggunakan wifi. Ini kerana dikhuatiri wifi radio akan ‘terbakar’.
Aku rasa inilah yang berlaku ke atas iphone aku hari tu. Sebab, selama ni memang aku update over the air. Last sekali update hari tu ke iOS 7.1.2 terus bermasalah pada wifi connection. Mungkin itulah puncanya. Kalau ada yang tak bersetuju, tak apa. Sebab kesimpulan ini adalah hanya berdasarkan pembacaan, dan tak semestinya korang kena percaya. Akupun tak pakar (jauh sekali) tentang hardware iphone ni…semuanya hanya hasil pembacaan dan sedikit pengalaman. 😉
InsyaAllah, kalau dah update nanti, aku akan kongsikan pengalaman dan performance iphone aku tu. Janganlah bermasalah lagi..kalau nak bermasalah jugak, biar tahun depan.. sempat menyimpan.. 😆
safirulamar
update is’t better ,,for security and faster access with new os version 🙂
ctfand
Itulah jugak yg difikirkan..terima kasih… 🙂
safirul amar
Kalau unfinished install atau tak install..semua apps bermasalah nanti. Sama juga dgn user samsung…
ctfand
Betul betul..
Abdur
Saya amat suka apabila menerima pemberitahuan keluarnya versi terkini,kerana ianya kemajuan bagi versi sebelum update.
ctfand
Betul jugak tu..
Sally Yatiey
Harus update 😉
ctfand
Tu le sally..maybe after backup..