Hari Nuzul Quran atau sempena hari diturunkan al-Quran pada *17 Ramadhan, yang jatuh pada 15 Julai 2014 telah dijadikan sebagai Cuti Umum Nuzul Quran bagi negeri-negeri Wilayah Persekutuan. Aku pada awalnya tak pasti tentang benda ini. Kerana, jika anda lihat Carta Cuti Umum 2014, memang Hari Nuzul Quran pada 15 Julai 2014 tidak dinyatakan sebagai cuti umum bagai Negeri Wilayah Persekutuan.
Macamanapun, hasil semakan yang dibuat, memang sah pada 15 Julai nanti adalah Cuti Umum bagi Negeri Wilayah Persekutuan termasuk negeri-negeri yang sedia digazetkan sebagai cuti pada hari tersebut iaitu Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.
Di bawah ini dikongsikan screencapture Warta Kerajaan mengenai Cuti Umum yang telah dikeluarkan bertarikh 22 November 2013.
Sebelum ini ada juga terdengar mengenai cuti ini, tapi semuanya hanya cerita-cerita tanpa bukti. Kali ni memang sah cuti ye. Aku sebenarnya bingung memikirkan taska dan tadika anak-anak aku yang bercuti pada 14 dan 15 Julai ini kerana hari Nuzul Quran.. Takkan nak ambil cuti 2 hari. Jadi, dengan sahnya cuti pada 15 Julai, cuma sehari je lah cuti yang perlu diambil untuk menjaga anak-anak. Cuti aku dah lah tak banyak sebab Hani dimasukkan di wad hari tu.. Sekitar Februari tu pun banyak kali ambil cuti sebab Hani demam. Nasib lah kalau ada anak-anak kecik ni..
Jadi, anda yang berada di Negeri Wilayah Persekutuan jangan lupa pada 15 Julai nanti adalah Cuti Umum. Jangan terlebih rajin pulak nak ke pejabat juga pada hari tu..hihi.
Untuk maklumat lanjut mengenai pewartaan cuti ini dan dokumen rujukan berkaitan, anda boleh masuk ke laman web Kabinet Malaysia ini. Untuk memuat turun dokumen warta yang telah di PDFkan, klik link ini.
Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan.. ๐
* Maaf, tersalah catat 15 Ramadhan diturunkan al-Quran. Yang betul adalah pada 17 Ramadhan…
**Updated 15 Jun 2016
Zaza_MyMoon
Salam ramadhan Fand..
cuti yer 15hb ni.. yeayyy bestnya.. dpt lah masak2 utk juadah puasa nnt ๐
ctfand
salam Ramadhan kak Zaza.. ๐ syok dapat spend time lebih dengan family kan..
aku penghibur
wahh terima kasih infomasinya ^_^
ctfand
sama-sama acik.. sharing is caring.. ๐
jiesusanos
bgus la klu sah cuti..tapi jie kena keje lak..
ctfand
oh ye ke… tak pe lah.. selamat bekerja nanti ye.. ๐
ayu
hehe…bestnya cuti……
ctfand
yeay… he he…
ema
tahun ini baru KL ambil cuti Nuzul Al Quran kan.
ctfand
betul kak ema..first time. sebenarnya pengumuman ni dah dibuat pada bulan November 2013..tapi semua orang tak aware atau lupa sebab dah lama sangat kot…
Mummydearie
Salam Ramadhan, Fand …
Ini kali pertama KL bercuti untuk Nuzul Al-Quran, kan. Takut gak terlupa. Kalau tak tengok time table anak yang sekolah bagi, memang tak ingat pun sebenarnya 15 Julai tu cuti umum. Biasalah bila ada anak kecil yang perlukan perhatian, memang habis cuti dek kerana anak-anak sahaja. Samalah kita, tak tahu nak buat camna cuti tu nak diperpanjangkan sampai hujung tahun.
ctfand
dilema sangat kan MD..saya pernah tau cuti habis pada bulan September dulu..sakitnye nak tunggu new year..
gitulah kalau ada anak2 kecik, mana ada GCR..hihi