Dalam minggu lepas, penjaga Hani kat taska komplen yang Hani dah kurang menyusu. Tak tahulah kenapa. Tapi, walaupun kurang menyusu, Hani kuat makan pengasuh dia kata. Hani sangat-sangat berselera bila tiba masa makan! Mungkin itulah sebabnya kot.. ๐
Aku usaha jugak untuk naikkan balik selera menyusu Hani. Cara aku, mula-mula aku tukar botol susu. Ye lah manalah tahu botol susu atau puting botol susu tu Hani tak suka. Rupa-rupanya, cara ni tak berkesan. Penjaga Hani bagitau yang pattern menyusu Hani tak berubah. Sikit-sikit je dia minum sekali buat 6 oz.
Langkah kedua, aku tukarkan susu Hani dari S26 ke Dupro Langkah 2. Cara ni nampak berhasil lah! Kelmarin dan malam tadi nampaknya Hani boleh habiskan 6 oz sekali menyusu! Hmm..memang nak kena tukar susu nampaknya.
Sebetulnya, sejak Hani dah tak breastfeed pada bulan kelima hari tu, aku bagi Hani minum S26. Mengapa? Sebab kandungan zat susu S26 adalah hampir menyamai susu ibu. Baca kat situ, “hampir menyamai”..masih tak sama dan tak setanding susu ibu..jangan melatah ye. Aku pun sokong sangat-sangat penyusuan susu ibu..
Selain itu, masa aku dan arwah Yanie di tahan di wad dulu, aku sempat bertanya susu apa yang mereka sediakan untuk menyusukan bayi-bayi yang baru lahir. Faham-fahamlah, tak semua wanita yang baru melahirkan anak terus keluar air susu mereka pada hari yang sama..ada yang makan masa 5 hari, seminggu dan sebagainya. Rupanya, susu bancuhan tu adalah susu S26.. Jadi, bolehlah buat opsyen ini kalau anda berhadapan dengan masalah menyusukan bayi diperingkat awal kelahiran..
Timbul pula isu susu S26 ni mahal. Pada aku, tak mengapa berbelanja lebih pada peringkat awal kelahiran dan pembesaran bayi (1-6 bulan)..
Tapi, sekarang ni nampaknya Hani dah tak menggemari rasa susu ni..terpaksalah aku tukarkan kepada susu lain.. dan susu Dupro lah jadi pilihan. Moga-moga tak ada masalah lain yang timbul dengan bertukar susu ni..contohnya poo poo keras ke..atau yang lain-lain…
Kisah Si Dairy
memang risau jugakkan ct bila anak taknak menyusu,mungkin dah tak sedap kat tekak tu..
ctfand
mmg sangat2 risau… kita yg nak try n error susu mana nak bagi puuunn risau….hihi
Zaza_MyMoon
Mmg risau kalau anak tak nak menyusu.. kesian nnt takut tak cukup kalsium.. tapi mungkin jugak perubahan hormon kot Fand.. langkah terbaik lah tu tukar susu utk Hani.. hope Hani lebih kuat menyusu lah lepas ni yer :))
ctfand
tak sure kenapa hani dah tak minat dengan s26 tu. mungkin pekat / lemak sikit kot… dengan dupro ni, habis je dia minum kata pengasuh… ๐
Hijab Terkini
Bab memilih susu anak memang agak susah pada permulaannya..bila dah lama2, jumpa yang serasi, dah tak jadi masalah lagi..
ctfand
nak try n error untuk jumpa yg serasi tu yg buat kita risau..tak pasal2 bereksperimen dengan anak…. masa bagi dupro mula2 tu hani berak cair sikit…baru nak serasi kot.. sekarang dah ok, alhamdulillah..
Khir Khalid
Saya pun risau klu anak tak mahu menyusu ni.. cubalah tukar susu kan, mudah2an ok semuanya.. ๐
ctfand
haa.. tu la..sekarang dengan susu dupro 2, habis je dia minum… ๐
niesa
byk lg yg niesa perlu belajar bab2 cm ni biasalah org bujang mcm kami ni jarang nk ambik tau..hahaha..
ctfand
Takpe niesa..ada juga ilmu yg datang seiring dengan pengalaman… ๐
ema
betul tu..untuk anak baru lahir S26 paling terbaik jika susu badan tak ada…
ctfand
Yess..timekasih kerana menguatkan point saya, kak ema.. ๐