Alhamdulillah…setelah hampir 6 hari ditahan, Hani dah discharge dari wad pediatrik pada 30 April 2014, petang kelmarin.
Sebenarnya, doktor hanya nakkan Hani balik kalau dia dah tak demam. Semasa pemeriksaan rutin pada jam 3.30 petang, kiranya penentuan samada Hani boleh balik atau tidak, suhu badan Hani 37.4, yang dipanggil low grade fever. Sama macam suhu badan pada pemeriksaan rutin jam 8.00 pagi. Doktor pada mulanya berbelah bagi samada nak benarkan balik atau tidak. Tapi aku berbincang dengan doktor supaya aku bawa Hani balik dulu untuk pantau keadaannya di rumah. Dan kalau demam menyerang lagi, aku akan cepat-cepat bawa dia ke wad semula.
Kalau ikutkan, pada Hari Isnin selepas hari keempat Hani dimasukkan ke wad, Hani dah sembuh..hanya crap sedikit pada paru-parunya. Tiba-tiba pada sebelah malam tu, suhu badan Hani melonjak ke 39.1! Sedangkan pada siangnya Hani dah makan minum dan bermain seperi biasa.
Doktor pelik sebab berdasarkan result darah Hani, petunjuk jangkitan dah tak ada. Doktor bagitau ada dua je kemungkinan yang menyebabkan demam Hani. 1, kuman yang menyerang Hani terlalu kuat dan tak dapat dihapuskan dengan antibiotik yang telah diberikan pada dia. 2, mungkin sebab line atau jarum yang digunakan untuk memasukkan ubat ke dalam badan Hani. Jadi penyelesaian yang mungkin adalah menggantikan antibiotik yang lebih kuat atau menukar line jarum pada tangan Hani.
Doktor pun mengambil jalan penyelesaian pertama iaitu menukar line / jarum pada tangan Hani, walaupun sebenarnya tiada sebarang tanda bengkak atau jangkitan pada sekitar kawasan jarum dimasukkan di tangan Hani.
Dan…Alhamdulillah selepas line ditukar, demam Hani surut semula..sampailah akhirnya dibenarkan balik petang semalam..
Hani balik berbekalkan antibiotik selama 5 hari lagi, hingga hari Isnin. Kalau demam lagi, doktor pesan supaya bawa Hani masuk ke wad terus..tak payah register kat bawah. Datang dengan bawa discharge note je.
Setakat pagi ni, Hani tak demam dah. Alhamdulillah… Moga tak demam dan tak sakit lagilah lepas ni.. Kesian kat badan kecik dia..
niesa
aduhai..semoga hani dah xdemam lagi…mcm2 hos dah niesa tgk tu..
ctfand
Amiiinn…terima kasih niesa. Malam tadi ubat antibiotik yg terakhir ambil kat rumah…
Nurul
Siannya Hani… semoga baik2 dan sihat lepas ni ye.. 🙂
ctfand
Terima kasih nurul… 🙂