Sedih. Itulah perkataan yang mampu diluahkan ketika ini. Itulah perkataan yang menggambarkan perasaan aku saat ini. Jam sekarang menghampiri jam 12.00 tengah malam. Sudah hampir 20 jam selepas kapal terbang Boeing 777, MH370 dari KL ke Beijing dilaporkan hilang dari radar. Masih belum ada berita yang melegakan…
Sayu melihat keluarga penumpang yang terlibat melalui kaca televisyen. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Macamanakah keadaan mereka? Di mana mereka berada? Aku tertanya soalan ini kepada diri sendiri… Apatah lagi ahli keluarga mereka yang terlibat..tentu pelbagai persoalan dan kekalutan berlegar difikiran mereka..
Aku sebenarnya rasa kesian sangat pada keluarga mereka yang terlibat. Tapi, apa yang aku boleh buat? Hanya doa yang mampu aku panjatkan. Biarpun ada yang berlainan agama dan bangsa, moga segala yang terbaik untuk mereka semua…
Nak menaip panjang-panjang pun mood tak ada.. Moga esok ada berita yang menggembirakan menanti…. Pray For MH370.. ๐
anuar
Betul… kesian tengok keluarga penumpang yang bersedih menunggu berita penemuan pesawat tersebut… Kita di sini hanya mampu mendoakan semoga semuanya selamat…
ctfand
teruskan berdoa..
Aqilah
hi kak fand misschu hihihi.
Betul, innalillah hi wa inna ilaa hi roojiuun ๐
ctfand
hi qila… ye..kepada Allah jugalah kita kembali…
ayue
Mm..sedih kn..xmampu nk ckp byk2..cume hrp yg terbaek je ntuk mereka yg terlibat..pray for MH370
ctfand
sama2 kita terus mengharapkan yang terbaik untuk mereka…
ayu
tiada kata seindah doa…
ctfand
betul tu ayu…
Mizz Aiza
doakan semoga semuanya selamat.. menabung churp2 dan line..
ctfand
betul aiza… terima kasih ye…
ctaman
Sedey kn kak…sesungguh pd Allah tmpt kite brserah…smga sgla urusan dpermudahkn…smin
ctfand
sama sama kita terus mendoakan mereka…. ๐
Mycherita
Jangan berhenti berharap dan teruskan berdoa supaya pesawat MH 370 dijumpai dengan selamat.
ctfand
betul..sama2 kita terus mendoakan keselamatan mereka…
cik lisa
semoga mereka selamat ye kak :), menanti perkembangan seterusnya.
ctfand
aminn…terus berharapan positif…insyaAllah..positif lah kesannya…
niesa
niesa kalau tgk cerita pasal pesawat ni mesti terasa sebak yg amat…xdpt dibayangkan keadaan penumpang2 tu..semoga mereka kembali dlm keadaan selamat.. :’)
ctfand
amiiinn…begitulah hendaknya…
Dira
Sama2 kita teruskn berdoa
ctfand
dan positif selalu..