Buat pertama kali pada umur 4 bulan dan 3 minggu, Hani demam panas. Hani demam pada cuti panjang Chinese New Year (CNY) dan Cuti Hari Wilayah baru-baru ni. Aku kan duduk Putrajaya, dapatlah cuti wilayah dan menjadikan jumlah cuti umum selama 4 hari. Jangan maraa…
Sudahnya, kami tak keluar sangat masa cuti tu. Ye lah, takkan nak usung jugak Hani ke sana ke sini masa dia demam. Kesian.. Sedangkan kalau kita orang-orang dah dewasa ni pun kalau demam memang kepala berat dan pening je..dan rasa nak tidoooo je…lagikan budak-budak kecik.
Aku ada jugaklah bawak Hani keluar ke AEON Cheras Selatan masa tu, itupun sebab nak beli baju dan barang-barang dia dan pergipun tak lama. Dalam 1 jam setengah je. Express ok. Pertama kali keluar shopping balik cepat.. Hani punya pasal, aku tak kesah.
Hari terakhir dia demam pada subuh hari Isnin tu, risau jugak kalau demam naik balik. Alhamdulillah, setakat semalam dan malam tadi, Hani dah tak demam. Teacher dia bagi tau dia ok je semalam kat taska. Aktif macam biasa. Moga sihat terus ye Hani. Risau mama kalau Hani demam lagi….
Hahah one hour and a half is the most fastest one? xD
Hopefully Hani will get better soon..
Dik, 20 minit pergi, 20 minit balik. Do the math 😉
*terima kasih atas kunjungan..
alala,ciannya dia.mesti sangat tak selesa. Saya pun demam panas juga recently. cuaca sekarang ni dah pelik2
itulah dia..tak senang tido. tapi betul tu, memang cuaca sekarang pelik. kalau kat putrajaya ni, pagi sejuuukk, petang haa..panas membahang..
*tq singgah sini nina..
cm ne keadaan hani kak?harap2 hani cpt sembuh..
masih on off. last demam petang semalam. kena pantau lagi.. terima kasih niesa..
halamakkkk kesianyer. Semoga hani cepat sembuh ye kak 😀