Salam,
Majoriti blogger meletakkan emel di page hadapan blog, termasuklah aku. Tempat emel dipamerkan biasanya di ruangan profile.
Tujuan aku, khususnya, meletakkan emel diruangan ini adalah untuk memudahkan perhubungan samada dgn rakan blogger ataupun dengan pembaca yang singgah di blog aku. Manalah tahu, ada maklumat yang diperlukan. Contohnya, aku ada dapat emel pertanyaan tentang Cafe Skyview@11 yang aku dah review.
Tapi, baru-baru ini, aku terima beberapa emel yang agak mengganggu. Scam dan spam. Mula-mula, dapat emel kononnya ada orang kaya ni nak kongsikan kekayaan dia dengan aku. Sabar je lah. Siap minta detail segala dan nombor akaun bank! Emel-emel ni aku tak layanpun.
Lepas tu, semalam aku dapat pula beberapa emel dari Indo Groupon, sedangkan aku tak pernahpun daftar!
memang membengangkan bila terima email yang tak di undang macam ni
betul tu. menyusahkan..
Saya tak letak emel. Tapi baru2 ni terdetik macam nak letak sebab senang nak communicate dgn readers. Tapi tak sangka pulak emel kita tu boleh disabotaj pulak.
Mungkin kena fikir option lain.. Sy tengah pertimbang untuk letakkan ruangan "pertanyaan" kat blog ni..
ya Ampunnn Zaza pun dapat jg email groupon indon tu..
tak terpikir plak bila masanya ku register dgn groupon indo..Zaza cuma subscribe groupon msia sajo.. huhu
hari tu Zaza dpt jg email2 spam & scam tu.. kalau nak cara cer tgk kat review yg zaza buat kat sini http://zazaabdullatif.blogspot.com/2013/07/bantuan-untuk-pesakit-barah-lukimia.html
Kannn..nanti I jenguk entri tu.. thx dear
kena guna alternatif lain ni..hehe takut plak disalah guna kearah lain..:)
Dats y..ika
Jalan-jalan ke blog ini…1st time singgah.. xperlu pamerkan email peribadi kita kat blog, jika mereka nak hubungi kita, boleh komen kat ruangan komen..atau guna cara2 lain..
p/s : jika ada yg ingin menyertai program singgah blog.. jom ke
http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html
Mmg dah terfikir macam tu. Tq bagi idea..
baik delete je kak..kdg2 bahaya..lagi2 sekarang mcm2 cara org buat…
kan… tq bg idea..