Pernah tak memory card telefon korang “corrupted”? Ataupun pen drive / thumb drive yang digunakan di pejabat tidak dapat di access? Memang mengecewakan, kan? Lebih-lebih lagi kalau pen drive / thumb drive tu mengandungi segala maklumat dan “harta benda” berharga kita macam gambar anak-anak, gambar kekasih hati, gambar suami, mp3, movie dan macam-macam lagilah yang korang boleh listkan sendiri. Aku pun pernah berhadapan dengan masalah yang sama. Dahlah pen drive aku tu 16gb. Aku dah pakai dalam 7gb gitu. Gambar anak aku, lagu-lagu favourite aku, movie, dokumen pejabat, semua aku simpan dalam tu.
Satu hari yang normal aku cuba untuk mengakses pendrive aku tu, tapi tak dapat!
![]() |
Popup yang paling aku dan korang tak suka sewaktu nak buka pen drive atau memory card..!! |
Cuak jugak mula2. Akupun usaha macama-macam termasuk buat carian google. Banyak artikel yang aku jumpa tapi artikel dan bahasa yang dipakai serta kaedah penerangan yang agak mengelirukan. Aku cari dan cari dan cari..jumpa artikel ni. Korang boleh baca versi Inggeris atau artikel asalnya di SINI, yang disediakan oleh Mr. Karl-L-Gechlik.
Di bawah ini aku cuba alih bahasakan dalam Bahasa Malaysia agar lebih mudah difahami. Gambar-gambar dari Langkah 1 hingga 4 adalah gambar milik aku sendiri, selepas dari itu, gambar adalah bersumberkan artikel yang sama. Sebabnya, aku terlupa nak print screen gambar masa aku buat sendiri hari tu. Minta maaf sangat2. Tapi, YA! Kaedah ini amat berkesan.
Cuma, setelah korang selesai dengan semua kaedah yang ditunjukkan, SILA SAVE DAN BACKUP DATA KORANG DI TEMPAT / FOLDER / PEN DRIVE LAIN KERANA KEMUNGKINAN UNTUK PEN DRIVE ATAU MEMORY CARD ITU CORRUPTED SEMULA ADALAH AMAT TINGGI! Haa, siap caps on tu..sebabnya aku dah terkena…..
Ok, ikuti langkah-langkah berikut dalam usaha untuk menyelamatkan data korang dari pen drive atau memory card yang telah corrupted.
Langkah 1.
Bila gambar di atas muncul, klik Start Menu seperti di bawah:
Langkah 2.
Taipkan “run” dan hit “Enter” button kat keybord.
Langkah 3.
Popup di bawah akan keluar. Seterusnya taip “cmd” seperti yang korang lihat di bawah. Command prompt seperti di Langkah no. 4 akan keluar.
Langkah 4.
Command prompt seperti ini akan keluar. Seterusnya taipkan Chkdsk e: /r .
- Mengapa “e:” kerana biasanya “c” adalah drive c pada komputer kita, dan “d” adalah hard drive komputer. Jadi bila kita masukkan pen drive atau memory card, automatik ia akan mengisi drive “e”.
- “/r” pula adalah “arahan” untuk membetulkan (repair) masalah-masalah (issue) yang bakal “dijumpai” oleh komputer.
![]() |
Taipkan chkdsk e: /r selepas nama komputer anda. Dalam kes aku ni, aku taipkan selepas “\ctfand>” |
Langkah 5.
Korang mungkin mendapat “warning” untuk memastikan adakah korang pasti dengan apa yang korang ingin lakukan. Sebenarnya tiada isu di sini. Hanya klik “y” untuk yes dan tekan “enter”. Seterusnya, komputer akan mula mencari isu-isu yang ada pada pen drive atau memory card korang yang dah corrupted tadi untuk di perbetulkan / recover.
![]() |
Sumber: MakeUseOf.Com |
![]() |
Rajah yang akan korang nampak semasa proses “pembersihan”. Sumber: MakeUseOf.Com |
Langkah 6.
Setelah hampir selesai, satu command akan keluar, bertanyakan samada korang nak “convert lost chains into files”, macam tadi jugak, hanya klik “y” untuk yes dan hit “enter”.
![]() |
Rumusan / Findings setelah proses selesai. Kelihatan files di dalam memory card / pen drive yang telah direcover/ dijumpai. Sumber: MakeUseOf.Com |
Langkah Akhir:
Setelah itu, korang bukaklah pen drive seperti biasa dari “My Computer” dan wallah…kelihatan semua kandungan pen drive atau memory card korang masih ada di dalam. Bagi kes aku hari tu, ada sesetengah gambar yang dah memang tak boleh dibukak walaupun file ada. Sedihlah. Nasiblah kan…
Tempoh Masa Proses.
Berkenaan tempoh masa proses, ia adalah bergantung kepada berapa gig / mb space yang korang telah gunakan di dalam pen drive atau memory card. Bagi kes aku, space yang telah dipakai adalah 7GB lebih, dari keseluruhan 16GB. Tempoh yang diambil untuk keseluruhan proses adalah lebih kurang 4 jam! Tapi berbaloi menunggu kalau boleh menyelamatkan data dari dalam pen drive atau memory card.
Peringatan Mesra:
Macam yang aku dah bagitau awal-awal tadi, setelah semua data berjaya direcover, korang cepat-cepatlah save data dari pen drive atau memory card yang corrupted tadi di dalam pen drive lain. Sebabnya, kemungkinan untuk pen drive atau memory card itu corrupted semula adalah amat tinggi dan korang takkan berpeluang untuk mengulangi langkah-langkah yang disebutkan di sini. Aku dah terkena. Aku tau la..tu yang nak share dengan korang. Sayang pen drive aku dah jadi perhiasan je..16 GB tu!
Kesimpulan
Semoga usaha korang berjaya. Selamat Mencuba! Dan sudi-sudikanlah bagi komen atau ulasan atau kongsi kejayaan korang dalam usaha menyelamat data menggunakan kaedah yang aku sebutkan ini. Sumber utama dari SINI dan aku cuba huraikan semula di sini mengikut apa yang telah aku sendiri buat. Tapi kalau korang nak refer terus artikel asal, takde masalah.
Sekian.
T.kasih dgn tunjuk ajar yg diberi 🙂
Sama-sama.. Terima kasih sudi berkunjung ye.. 🙂
Kalau dia kata "you need to format to use it " (memory card ) mcm mana ?
Yg tu keluar sebelum atau selepas dah buat langkah2 recover?
sebetulnya, NEVER EVER format sebelum data di recover…
Knpe jadi macam ni?
The type of the file system is RAW.
CHKDSK is not available for RAW drives.
Berdasarkan pembacaan saya, file drive jadi raw mungkin kerana failure, akibat tidak mengeluarkan drive dengan sempurna, iaitu sehingga popup “Safely Remove Hardware”, atau “The device can now be safely removed from the computer” keluar. Ada langkah untuk membaikinya tetapi sangat panjang dan saya sendiri tiada pengalaman berhadapan dengan situasi ini. Untuk rujukan lanjut, en. Amer boleh merujuk di link ini http://html5.litten.com/how-to-fix-external-disk-drive-suddenly-became-raw/
Untuk mengelakkan drive jadi raw, “disconnect” drive atau device dari laptop atau komputer dengan cara yang sepatutnya.
Bagus… memang membantu
Terima kasih ziera..
Salam, sy nak tanya after taip chk…. slpas nama komputer tu kan, kita nk tekan enter ke macam mana?
Tekan enter
Salam. Gambar2 dalam.memory kad saya tiba2 hilang. Boleh tak sy nak recover balik?
Boleh. Walau bagaimanapun sy tak pernah cuba sendiri cara ini. Ikut langkah dan arahan dari CNet ini http://www.cnet.com/how-to/how-to-recover-deleted-photos-from-a-memory-card/ . Langkah ini perlu download software ke pc untuk bantu retrieve balik gambar yg terdelete. Cuba dulu k. Good luck.
saya try utk buat step ni, tp msih x boleh baca lagi.computer ckp data msih adaand x corrupt lg. ada jalan lain x?
Saya agak data tu “hidden” kot. Cuba Google “how to retrieve hidden files on pendrive”.. Ini cadangan saya saja sebab saya tak ada pengalaman utk kes seperti zetty.
nak tye kalau dlm memory card folder sye cut. dn dh cut cnfrm hilgkan. mcm ne sye nk dptkan balik data2 sye yg dh cut to . bole tk guna cara awak nie.. terima kasih ..
Dah delete ye.. Boleh recover guna software Recuva. Google atu search diwebsite CNet.com. Kena download software ni.
Maklumat ni hasil pembacaan dan saya tak pernah buat sendiri. Jadi cuba dulu ye. Tq..
windws 8 boleh ke??? sbb sye nk tiru cre awak . awk pkai windw XP
Cuba saja dulu. Kalau tak cuba tak tahu. Saya tak boleh komen lebih sebab saya belum pernah berdepan isu yg anda hadapi.
Cara yg ditunjukkan dlm entri ini hanya utk corrupted mmc/pen drive shj. Utk recover fail yg di delete, anda kena cuba gunakan software Recuva. Cuba. Good luck!
Btw, saya pakai windows 7.
sis tahu tk mcm ne nk acess recuva . kena beli . ada link dia tk
Assalam CT,
selepas convert lost chain to files tekan Y dan enter.. bape lama harus tunggu yer.. saya dah tunggu 30min tak bergerak …
Saya ade pm pic masalh saya pada CT di FB messanger
Mohon pencerahan terima kasih
*perbincangan di FB Messenger
hi nak tanya ni,sa dah buat cra yg seperti di atas dia kluar “cannot open volume for direct access” apa erti ya
Hi.. Maaf saya tidak pernah berdepan situasi ini. Mungkin anda bole google term tersebut untuk mengetahui info lanjut tentangnya.
kalau mcm nie yg keluar
F: is not accessible.
The request could not be performed because of an I/O device error
Minta maaf..saya tiada maklumat atau pengalaman berhadapan dgn situasi ini. Saya cadang agar Shida buat carian google, iaitu gunakan exact ayat yg keluar tu..
knp acces denied as you do not have sufficient privillege?
u hv to invoke this uility running in elevated mode
saya nk retrieve sd card huhu
kena access sebagai admin rasanya. memandangkan saya tiada pengalaman dengan situasi ini dan kurang arif, saya cadang nurul safwah buat bacaan lanjut di sini http://answers.microsoft.com/en-us/windows/forum/windows_vista-security/access-denied-you-do-not-have-sufficient/6d02b708-3a7a-4a5e-a4a7-0aec6312f5bf?auth=1
sepanjang nak buat ni kena tak masukkan memory card ke komputer?
Betul. Sbb memory kad tu yg kita nak ambik balik segala data
pendrive saya ada maslah. tiba2 ada data yang tak boleh buka. ada fail yang tulisannya bertukar. apa masalah pendrive saya? boleh ke buat cara awak? dalam tu banyak kerja saya.
Cuba dulu
assalamualaikum..terima kasih kak..
tp dia bg command ni | A disk error occurred during writing of the file allocation table |
mcm mna ye kak? adkh ianya sudah tidak boleh di baiki?
Boleh tlg pendrive sy tak? Byk kali kawan sy cuba tp gagal :'(
Cuba dan ikut saja step yang ditunjukkan..
saya buat tak boleh jugak ..macam mana yaa , ni window 8
zai
Macam mana kalau letak pndrive kat tlefon pndah gambar n sesetengah gmbr x bleh bukk erkk???kat hp n lptp x bleh bukk gmbr after i pindah kat pndrive… Mohn pnjelasan pless